Kejayaan Tidak Datang Bergolek

Bismillahirrahmanirrahim….

Semoga Allah menerima kita sebagai hamba-Nya….

Ketika memerhati manusia sekarang,pelbagai gelagat yang dapat kita nilai.Namun,kebanyakannya menghala ke arah yang ‘kurang’ baik.Betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah,segalanya kita hanya dapat melihat,tanpa boleh merubah segala yang di depan mata.

Maka,di sinilah yang boleh kita usahakan,ke arah jalan’hijrah’…

Memasuki tahun baru ini,menanam ‘azam’ sudah menjadi kelaziman kita sebagai manusia.Segala tekad dan cita mesti dikukuhkan di dalam naluri insan.Setiap insan yang berjaya pastinya mempunyai imaginasi cemerlang,dan berpijak di bumi nyata,bukan angan-angan semata-mata…


tangga pertama untuk sebuah kejayaan,adalah bermula dengan sebuah IMPIAN

Terpulang kepada insan,sama ada impiannya adalah untuk menjadi Perdana Menteri sekalipun.Yang penting,’Tangga pertama untuk sebuah kejayaan,adalah bermula dengan sebuah IMPIAN’…

Namun,tak cukup dengan ‘IMPIAN’,untuk berjaya,pastinya ada jalan usaha…

Biarlah seseorang itu sememangnya tidak pandai,jika dia tetap berusaha,tidak mustahil dia akan BERJAYA.Janganlah menyerah di jalan ini,kerana,memang untuk mendapatkan ilmu,kita perlu berkorban dan berjuang…

Usahlah engkau mengalah wahai teman...Allah sentiasa di sisi-Mu..

Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 139:

“Dan Janganlah kamu berasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerana kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman…..”

Kerana sebuah kejayaan,guru sanggup berjaga malam menyediakan formula buat pelajarnya.Kerana sebuah kejayaan,ibubapa sanggup bekerja keras mengumpul wang buat belanja sekolah anak-anaknya.Kerana sebuah kejayaan,guru sanggup melayan,menahan sabar dengan karenah pelajar-pelajar.Kerana sebuah kejayaan,si ibu sanggup bangun pagi2 buat menyediakan sarapan buat si anak yang ingin ke sekolah,agar si anak menjadi cergas dan cerdas untuk memahami pelajaran di sekolah nanti.Kerana sebuah kejayaan,si ayah sanggup pulang lewat malam semata-mata kerana bekerja buat membiayai yuran sekolah si anak agar pembelajarannya tidak terganggu.

Namun apa yang si anak pernah lakukan untuk sebuah kejayaan itu?

Usahalah jawapannya.Namun tanggungjawab itu seolah-olah dianggap ketinggalan dan membosankan.Untuk berjaya memang susah,dan perlu harungi cabarannya.Tetapi ia tidak pernah mustahil.Kerana kelak apabila kejayaan di genggaman,di situlah terletaknya nilai kasih terhadap usaha.

Di samping itu,doa menjadi tuntutan….

Mohonlah kepada Allah,sesungguhnya Dialah sebaik-baik penentu dlm kehidupan kita..

Allah itu Maha Pengasih,Dia tidak akan kecewakan hamba-Nya….

Sesungguhnya Allah tak pernah mensia-siakan doa hamba-Nya..

Masih saya ingat,ketika saya gagal mendapat tempat pertama sebagai mana kebiasaan,saya menangis dalam Tahajud kpd Allah…

Sekali kita gagal,tidak semestinya kita akan gagal buat selamanya...

Namun,Allah Maha Mengetahui,selepas itu,saya kembali meraih kejayaan yg sama….

MAKA BERJUANGLAH KAMU WAHAI TEMAN!
“Kejayaan tidak akan datang bergolek,Tanpa usaha yang gigih…”

Yakinlah dgn ketentuan Allah,setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...

Semoga Berjaya..

Tabahkan Hati dan Teruskan Perjuanganmu…

Salam Perjuangan..
Share:

No comments:

Post a Comment

Followers

Popular Posts

Post Terkini