• MEMORI

    Bersama rakan seperjuangan Bahasa Arab di INSANIAH.

  • MEMORI

    Bersama rakan seperjuangan Bahasa Arab di INSANIAH.

  • MEMORI

    Bersama rakan seperjuangan Bahasa Arab di INSANIAH.

  • MEMORI

    Bersama rakan seperjuangan Bahasa Arab di INSANIAH.

  • MEMORI

    Bersama rakan seperjuangan Bahasa Arab di INSANIAH.

Sayang ibu bapa

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)“. [Al-Isra’: 24]

Berdasarkan ayat 24 surah Al-Isra’, seorang anak diperintahkan untuk merendahkan diri mereka dihadapan ibu bapa. Allah memerintahkan hambanya untuk tunduk dan patuh pada suruhan ibu bapa selagi mana suruhan itu tidak bercanggahan dengan syariat islam. Pada akhir ayat ini juga, orang mukmin diajar satu doa yang sangat besar maknanya untuk kita tafsirkan serta lafazkan setiap hari.


Realiti kehidupan kita

Semenjak kita dilahirkan, kita dibesarkan oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Menyusuri zaman kanak-kanak, tanpa kita sedari, pelbagai pengajaran dan pelajaran telah dititipkan oleh ibu dan bapa sepanjang tempoh mengenal dunia. Setelah menjangkau 5 tahun, kita mula bersekolah. Ibulah orang yang menanti kita ditepian tinta bersama senyuman penuh sokongan agar tidak tertitis air mata anaknya yang baru melangkah kealam persekolahan. Melangkau kealam sekolah rendah, kita semakin berani, rakan-rakan menjadi ramai, sekolah menjadi lebih menarik dan ibu, masih di sini, setia menanti di tepian dipagar setiap jam 1 tengah hari.

UPSR menjanjikan tiket untuk bergelar budak asrama. Hati si ibu berasa syukur pabila perihal anaknya ditanya teman-teman di pejabat dan jiran tetangga, tetapi dalam hati seorang ibu, terasa risau, gelisah dan tidak keruan melihat pemergian anak kesayangan dari sisinya buat pertama kalinya. Zaman asrama bermula, hubungan kian merenggang, rakan-rakan kita utamakan, dan ibu, setiap minggu menanti panggilan anak kesayangan di tempat orang. Apabila cuti sekolah bermula, kita pulang. Bukan jasa bakti yang kita berikan, malah itu ini yang kita pinta ibu tunaikan. Dengan penuh kasih sayang, ibu dengan girang hanya mengiakan segala kehendak anak kesayangan dan berkata, “Nanti ibu buat ya. Tidurlah lama sikit, penat anak ibu belajar kat asrama…”

Peperiksaan yang kita hadapi dengan mudah berkat doa, tangisan dan rintihan ibu siang dan malam memohon tuhan agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, result bukan calang-calang, kita sudah mula pandai celebrate dengan rakan-rakan, dan ibu? Di mana kita letakkan? Hati kecil berdesis mahu meraikan kegembiraan bersama si ibu, dan dalam pada itu, ada suara yang membujuk berkata, “Tak apa, dah telefon tadi cakap result ok…”

Hari berganti hari, anak kesayangan ditawarkan melanjutkan pelajaran keluar negara. Hati ibu riang berbunga, tapi jauh di sudut hati kecilnya, sekali lagi, naluri keibuan tersentak, anak tersayang akan diragut jauh sekali lagi atas nama pendidikan. Kasihnya ibu pada si anak sanggup memujuk hati, “Tak apa, ibu relakan demi masa depan anakku yang gemilang.”

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, hidup kita di perantauan tetap sama, setiap hari disibukkkan dengan kelas dan hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti bersuka ria disamping teman-teman yang ramai di luar negara. Ijazah luar negara yang kita janjikan pada ibubapa tidak kita ambil berat, pada kita, “asal pass sudey!” Berapakah harga pengorbanan seorang ibu yang kita letakkan? Cukupkah hanya dengan nilai lulus takat hidung? Patutkah semurah itu kita dagangkan pengorbanan seorang bernama IBU?

Sama-sama kita renungkan…

Dalam satu hadisnya Nabi Muhammad SAW bersabda:

Menurut Abu Hurairah RA telah diceriterakan :“Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW menanyakan : “Siapakah orang yang lebih berhak untuk saya berbuat baik padanya?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki: “Sesudah itu siapa ?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki :”Sesudah itu Siapa?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki : “Sesudah itu siapa?” Jawab Nabi : “Sesudah itu Bapamu”.

Menerusi hadis ini sudah terang lagi jelas bahawa ibu bapa terutamanya ibu mempunyai hak yang amat tinggi terhadap diri dan masa kita. Sewajarnya, sebagai anak kita perlulah cuba sedaya upaya untuk membalas jasa ibu bapa sementara peluang yang diberi Allah masih terbuka untuk kita menyemai bakti pada kedua ibu bapa.

Share:

Jangan Jadi Orang Yang Pemarah


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah S.A.W., “Berwasiatlah kepadaku. ” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab, “Janganlah menjadi orang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Rasulullah S.A.W. menjawab, “Janganlah menjadi orang yang pemarah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Share:

ILMu itu HaRTa PaLiNG BeRHaRGa


Tiada harta yang paling berharga selain ilmu. Tanpa ilmu manusia tidak dapat mencapai kejayaan dalam hidup mahupun merubah kehidupan mereka sendiri dengan ilmu yang dimiliki. Sejak dilahirkan manusia akan diberi asas ilmu dan juga apabila mereka membesar. Dari kecil menjadi bayi hinggalah ke tadika.. dari tadika ke pra sekolah.. dari pra sekolah ke sekolah rendah.. dari sekolah hingga ke sekolah menengah.. dari menengah ke menara gading dan seterusnya..

Bak kata pepatah.. "tuntulah ilmu hingga ke negeri Cina" dan amalkan lah ilmu itu untuk majukan diri dan gunakanlah untuk kebaikan bukan untuk keburukan..dengan ilmulah orang alan hormat kita.. dengan adanya ilmu orang akan mencerminkan siapa diri kita sebernannya.. ilmu juga mengajar kita tentang adab sopan dalam kehidupan.. bagiamana kita nak bawa diri kita.. bagiamana cara kita bercakap dan semuanya..

Tanpa ilmu, manusia takkan berjaya. Tuntulah ilmu selagi masih hidup.. tak rugi menuntut ilmu.. percaya pada diri yang kita mampu berjaya. kalau seseorang itu mampu meraih kejayaan dalam hidupnya, kenapa tidak saya? anda?? mahupun sapa2 saja????

Insyallah... Allah akan permudahkan malah menolong kita dalam kehidupan andai umatnya bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu demi masa depan. Contohnya, pada zaman sekarang lagi majunya sesuatu terknologi lagi canggih teknologi akan datang.

Oleh itu, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Berusahalah bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan kelak. Bukan intan permata yang menjanjikan kehidupan yang baik tapi dengan adanya ilmu manusia mampu mengubah kehidupan yang susah menjadi senang. Ingatlah harta yang paling berharga ialah ilmu. Semoga kalian semua berjaya dalam hidup... Saya hanya mampu berdoakan buat kalian sahaja, tindakkan dan usaha adalah dari kalian..
Share:

Apa Itu Al-Qur'an?


Qara’a mempunyai erti mengumpulkan dan menghimpun, dan qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infinitif) dari kata qara’a, qiraatan, quranan. Allah SWT berfirman yang ertinya, “Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu.” (Al-Qiyaamah: 17–18).


Kata qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu (bacaannya/cara membacanya). Jadi, kata itu adalah masdar menurut wazan (konjunsi) fu’lan dengan vokal u seperti ghufran dan syukran. Kita dapat mengatakan qara’tuhu, quran, qiraatan wa quranan, ertinya sama saja. Di sini maqru’ (apa yang dibaca) diberi nama quran (bacaan), yakni penamaan maf’ul dengan masdar.

Quran dikhususkan sebagai nama bagi kitab yang diturunkan kepada Muhammad saw. sehingga Quran menjadi nama khas bagi kitab itu, sebagai nama diri. Secara gabungan, kata itu dipakai untuk nama Quran secara keseluruhan, begitu juga untuk penamaan ayat-ayatnya. Maka, jika kita mendengar orang membaca ayat Quran, kita boleh mengatakan bahawa ia sedang membaca Alquran. “Dan, apabila dibacakan Quran, maka dengarlah dan perhatikanlah ….” (Al-A’raaf: 204).

Sebahagian ulama menyebutkan bahawa penamaan kitab ini dengan nama Alquran di antara kitab-kitab Allah itu kerana kitab ini mencakup inti dari kitab-kitab-Nya, bahkan mencakup inti dari semua ilmu. Hal itu diisyaratkan dalam firman-Nya yang ertinya, “Dan, Kami turunkan kepadamu al-kitab (Quran) sebagai penjelasan bagi segala sesuatu.” (An-Nahl: 89).

“Tiada Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab ini (Quran).” (Al-An’am: 38).

Sebahagian ulama berpendapat bahawa kata Quran itu pada mulanya tidak berhamzah sebagai kata jadian. Mungkin kerana ia dijadikan sebagai suatu nama bagi kalam yang diturunkan kepada Nabi saw. dan bukannya kata jadian dari qaraa atau mungkin juga kerana ia berasal dari kata qarana asy-syai’ bi asy-syai’, yang bererti memperhubungkan sesuatu dengan yang lain atau juga berasal dari kata qaraain (saling berpasangan), karena ayat-ayatnya satu dengan yang lain saling menyerupai. Dengan demikian, huruf nun itu asli. Namun, pendapat ini masih diragukan, yang benar adalah pendapat yang pertama.

Secara Istilah

Quran memang sukar diberi batasan-batasan dengan definisi-definisi logika yang mengelompokkan segala jenis, bahagian-bahagian, serta ketentuan-ketentuannya yang khusus: mempunyai genus, differentia, dan propium, sehingga definisi Quran memiliki batasan yang benar-benar kongkrit. Definisi Alquran yang kongkrit adalah menghadirkannya dalam fikiran atau dalam realiti, misalnya kita menunjuk sebagai Quran kepada yang tertulis dalam mushaf atau terbaca dengan lisan. Untuk itu, kita katakan, “Quran adalah apa yang ada di antara dua buku,” atau kita katakan juga, “Alquran adalah bismillaahir rahmaanir rahiim, alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin … minal jinnati wannaas.”

Para ulama menyebutkan definisi Alquran yang mendekati maknanya dengan membezakan dari yang lain dengan menyebutkan bahawa Alquran adalah kalam atau firman Allah yang diturunkan kepada Muhammad saw. yang pembacaannya merupakan ibadah. Dalam definisi kalam merupakan kelompok jenis yang meliputi segala kalam. Dan, dengan menggabungkannya kepada Allah (kalamullah) bererti tidak termasuk semua kalam manusia, jin, dan malaikat.

Dan, dengan kata-kata yang diturunkan, maka tidak termasuk kalam Allah yang sudah khusus bagi milik-Nya.

“Katakanlah, ‘Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan firman Rabku, akan habislah lautan sebelum firman Rabku habis ditulis, sekalipun Kami berikan tambahannya sebanyak itu pula.” (Al-Kahfi: 109).

“Dan, seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan sesudahnya tujuh lautan lagi, nescaya kalam Allah tidak akan habis-habisnya.” (Luqman: 27).

Dan, membatasi apa yang diturunkan itu hanya kepada Muhammad saw., tidak termasuk apa yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya, seperti Taurat, Injil, dll.

Adapun yang pembacaannya merupakan suatu ibadah mengecualikan hadis-hadis ahad dan hadis-hadis qudsi–bila kita berpendapat bahawa yang diturunkan Allah itu kata-katanya–sebab kata-kata pembacaannya sebagai ibadah, ertinya perintah untuk membacanya di dalam salat dan lainnya sebagai suatu ibadah, sedangkan qiraat ahad dan hadis-hadis qudsi tidak demikian halnya.
Share:

Usaha Tangga Kejayaan


"Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim.Peribahasa Melayu ada mengatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”,begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan.bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Dalam Islam , kita dapati banyak ayat Al Quran dan hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. Usaha dan amalanlahyang menjadi perkara yang dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :

Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”

Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .


Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam satu hadis yang pencari kayu api lebih baik dan lebih mulia daripada peminta sedekah .Baginda juga mengatakan dalam hadis yang lain , orang yang berusaha untuk menyara diri dan keluarganya seperti orang yang berjuang di jalan Allah .


Dalam menentukan usaha yng dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan , beberapa perkara perlu diperhati dan dilaksanakan .Antaranya :


A. Doa

Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang ,tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam , doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita , ada doa-doa yang tertentu. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Doa itu merupakan ibu segala ibadat” , “ Doa itu senjata orang yang beriman” , “ Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa”

Berdoa juga merupakan symbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada yang Maha Kuasa.


B. Tidak Mudah Berputus Asa

Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya mencapai kejayaan yang diingini.Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka,namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya berjaya sepertimana yang berlaku kepada adik beradik Albur dan Wilbur dalam usaha mereka mencipta kapal terbang.

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “ Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”


C. Istiqamah

Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatau usaha ialah istiqamah . Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara . Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting bagi sesuatu kejayaan .Sebab itu Allah telah memerintahkan RasulNya agar beristiqamah dalam menyampaikan dakwah .sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “ Maka serulah ( mereka kepada agama Allah ) dan tetaplah ( Istiqamah ) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu”


D. Tawakal

Tawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah dalam menentukan sesuatu perkara setelah dilakukan segala usaha dan ikhtiar.Tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada Penciptanya yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa .

Sifat tawakal perlu dan penting kerana ianya akan menjadukan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran diamping menjadikannya lebih tabah dan kental.

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 23 yang bermaksud “ Hendakalah kamu bertawakal kepada Allah sekiranya kamu orang yang beriman” , Dalam Ali Imran ayat 159 yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya.


E. Ihsan

Ihsan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasululah dalam Hadis Jibril iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatnya dan sekiranya kita tidak melihatNya , sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita. Dalam erti kata yang lain kita melakukan usaha yang terbaik yang dapat dilakukan untuk mendapat keredaan Allah.Malangnya kita selalu mengabaikan sikap ihsan sedangkan kita perhatikan orang bukan Islam ada mengamalkan sifat ini dalam kehidupan mereka contohnya orang Jepun yang mana mereka mengamalkan “Kaizen”satu sikap yang membawa maksud yang hamper sama dengan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.


F. Sabar

Sabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendapat kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifat sabar.Dalam Alquran terdapat lebih 70 tempat yang menceritakan tentang sabar , antaranya firman Allah dalam surah Al Qasas ayat 54 yang bermaksud “ Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka” . Dalam Surah AzZUmar Ayat 10 yang bermaksud “ sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.Firman Allah juga dalam surah Al Anfaal ayat 46 yang bermaksud “ Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang bersabar”. Tidak syak lagi orang yang Allah berada bersama dengannya akan mendapat kejayaan.


G. Tidak bertangguh/ Menjaga masa

Melakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa , tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas . Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga dan perlu dirancang untuk perkara –perkara yang terbaik

Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud “ Demi masa , sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh , dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “


H. Menjaga kesihatan

Kesihatan mental dan fizikal sangat penting kepada seseorang . Tanpa kesihatan fizikaldan mental, kejayaan tidak akan dapat dicapai .Pepatah mengatakan “ Akal yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat.Ibadat dalam Islam seperti solat , puasa ,haji merupakan satu bentuk riadah untuk menyihatkan jasmani dan rohani.

Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidaka akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk sampai kepada kejayaan yang diinginkan.
Share:

Followers

Popular Posts

Post Terkini